Aku tetap aku. Aku suka "naremang" atau"ngarege" (mencari sisa-sisa). Cara aku bercakap dan mengkritik selalunya tidak sesiapa akan angguk bila mendengarnya....senyap dan diam sahaja. Aku jarang ada respon senyuman di bibir, aku berjalan laju tanpa memperdulikan sekelilingku. Yang penting arah dan tujuanku. Aku tidak akan akan menyapa kalau tidak di sapa. Entah kenapa aku begini, tetapi itulah aku.
Aku amat mementingkan kesempurnaan kerja dan aku tidak suka jika ada orang yang bekerja kerana nama atau imbuhan. Aku mementingkan meritokrasi kerja kerana di penghujungnya....kepuasan dalam hati dan nuraini adalah matlamat kerjaku.
Aku suka bersendirian sebabnya aku tidak suka menunggu.....sebab tahap kesabaran ku adalah terhad. Jam di tangan ku pun diawalkan 15 minit dari masa atau waktu sebenarnya. Sebabnya aku cepat gemuruh jika aku lewat. Itulah aku.....
Aku tidak suka memerintah. Aku, jika dipilih sebagai pemerintah hanya akan membahagikan tugas...selebihnya aku tunjukkan cara melalui cara aku bekerja. Aku jarang menegur....reaksiku hanya wajahku yang melambangkannya. Aku hanya ada dua pilihan...mahu atau tidak mahu...itu sahaja. Alasan bagi aku hanya helah untuk mengelak. Aku melihat kesulitan dan masalah bukan sebagai halangan, tetapi sebagai cabaran untuk di cari penyelesaian.
Bahan dan rujukan bagi aku hanya sebagai alat panduan, sebab jika dituruti ia akan mengalakkan budaya tiruan atau palagiat. Aku mementingkan kekreatifan untuk penyelesaian. Aku tidak suka menonton sebab itu aku tidak mahu ditonton. Aku amat benci suara-suara sumbang dibelakang atau disekeliling. Jika mahu menonton, diam dan simpan jika yang aku pertontonkan itu ada isinya.
Aku amat tidak senang dunia protokol dan oleh itu aku tidak suka mengampu. Pertemuan untuk penjelasan dan penerangan biar hanya satu, penilaian biar seribu agar ia dapat menghasilkan satu kualiti bermutu. Kawan bagi aku adalah rakan pembimbing dan pembantu yang perlu bersepadu. Tanpa kawan aku jadi batu dan kayu kerana tiada tempat untuk mengadu.
Aku amat menyajung kualiti budaya kerja, budaya hidup dan budaya kekeluargaan bersepadu kerana ia mampu menyuntikan mutu penghidupan kita. Aku selalu mengingatkan anak-anakku dan juga pelajar-pelajarku bahawa di akhir musim persekolahan kita, kita harus jadi manusia terpelajar. Terpelajar tidak semestinya pandai, terpelajar bermakna kita mampu menghasikan suatu kerja bermutu. Ini contohnya: Jika menjadi penjual di gerai jalanan, kita seharusnya tidak menggunakan air yang hanya sebaldi yang disilih ganti untuk mencuci. Apa tidaknya kita menggunakan pinggan pakai buang, cawan pakai buang dan beg pembungkus yang dibuat daripada kertas....lebih hygenic kan dan mesra alam.
Entah...banyak dibenak ku, itulah aku. Merungut sendiri dan bercakap sendiri....
Samikh is a Salako word mean "Living Room" and "Naremang" mean "looking" or "finding". That how my blog goes with...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(19)
-
▼
January
(7)
- What a life...can it last?
- Going home empty stomach....
- Aku Hanya Pemerhati......Budaya Dunia Kita Malaysia
- Learning about MTB/ATB Bicycle
- Why Cycling? It is an enjoyable leisure and lots o...
- What is Angkabakng Fruits - Borneo Tallow Nuts (Sh...
- Is there a "Time for us to wait" about preserving ...
-
▼
January
(7)
No comments:
Post a Comment