Sunday, July 6, 2008

Hanya Pandangan

Setiap masa dan saat kita pada hari ini berhadapan dengan kenaikan taraf hidup akibat dari pembangunan yang kita sendiri cipta untuk diri kita sendiri. Tetapi persoalannya, apakah kita mampu untuk berhadapan dengannya? Jikalau kita lihat perkembangan pada dunia kita hari ini, khususnya di negara kita sendiri, nampaknya impak dari pembangunan ini sudah mula menerpa secara rakus ke dalam hati dan sanubari kita. Secara sedar atau tidak, kita yang meminta dan kita juga yang akan menanggungnya. Fikirkanlah....

Beberapa persoalan yang saya ingin utarakan di sini ialah:

1. Adakah kita sudah terbiasa dengan budaya " semuanya ada di persekitaran kita " sepertimana
zaman nenek moyang kita dulu?

2. Adakah kita mempunyai budaya hidup " self sufficient " sepertimana budaya hidup orang
Barat, Jepun dan Cina?

Cubalah kita sama-sama tenungkan dan fikirkan tentang persoalan-persoalan di atas. Bagi pendapat dan pandang rapuh saya, jelas sekali bahawa kita masih lagi dilingkungi oleh pembudayaan hidup nenek moyang kita dahulu, iaitu hidup di persekitaran alam semulajadi yang mana kita boleh memperolehi keperluan hidup kita di persekitaran alam sekeliling dengan senang dan mudah. Oleh yang demikian, jelas sekali kita kekurangan budaya "self sufficient" sepertimana orang Jepun, Cina dan Barat. Kenapa saya berpendapat demikian, budaya orang Jepun, Cina dan Barat adalah jelas menunjukkan bahawa mereka ada budaya "self sufficient". Ini kemungkinan disebabkan oleh perbezaan iklim yang dialami oleh kita dan mereka. Renungkan dan fikirkanlah....

Saya mengutarakan persoalan ini kerana sekarang kita setiap hari didedahkan oleh media masa dengan berita-berita sensansi tentang politik negara kita, ketidakpuasan hati segelintir masyarakat kita, dan sebagainya. Tiadakah ada usaha pembangkang, NGO ataupun kerajaan sendiri untuk menyedarkan masyarakat kita untuk mengamalkan pembudayaan cara hidup "self sufficient". Atau apakah segala rancangan realiti tv sekarang benar-benar ada menerapkan nilai "knowledge base", atau sekadar satu gimik perniagaan untuk menambahkan lagi kantung kewangan mereka? Fikirkanlah...



No comments: